Followers

Friday, December 9, 2011

:: Selamat hari lahir ::

12.00 a.m - 10 DEC 11
Take 5 from study Usul Fiqh Am - Just wanna rest!



Salam ulang kelahiran untuk sahabat saya dan mereka yang yang lahir untuk hari ini [10 december]. 

Cukup sekadar ucapan ringkas dari saya :

Berjaya dunia akhirat.
Kekal menjadi anak yang soleh.
Dimurahkan rezeki senantiasa demi ummah.
Semoga dipanjangkan umur dalam beramal soleh.
Semoga sentiasa thabat dalam perjuangan agama Allah.
Didoakan dirimu sentiasa memberi kebaikan untuk semua orang.



Tambahan, tak dilupakan special wish utk ummu ziyad, si kecil yang comel itu! Semoga ummu ziyad terus bahagia di dunia akhirat, menjadi ummu mithali & paling penting terus thabat sebagai pembantu pejuang kepada abi ziyad! -Saya rasa bertuah mengenali keluarga kecil ini   >_<






Enough for 5 minute. Salam ingatan selalu!

Tuesday, December 6, 2011

:: Lelaki, Kucing & Aku ::

10 Muharram 1432 H.
Bayt Barokah, Jordan.
Di hadapan sobah, negatif degree.




Bismillahirrahmanirrahim.

Terlalu lama blog saya dibiarkan bersawang, bahkan saya terlihat beberapa ekor anak labah-labah mula membesar dengan sihat. Wahh! seronok mereka. 

Rentetan saya agak sibuk, tambahan mula memasuki frasa tahun akhir semester pengajian, sibuknya menjadi-jadi, menyebabkan masa yang ada 24 jam terlalu sedikit bagi saya. Namun, saya kira itu mungkin sekadar alasan.. Pointnya yang lebih besar, saya jadi agak tawar hati untuk menghidupkan TARIANPENAAZZUKRUF ini. Bukan kerana apa, tapi rasa terlalu kerdil berbanding blogs sahabat-sahabat lain dalam mengetengahkan dakwah atau sebarang entry yang berfaedah. Mereka kebanyakkannya sudah memasuki gear 5, atau barangkali sudah beberapa kali 'gostant', namun saya masih bertatih mencuba gear 1. Hebatnya mereka...... Acap kali saya rasa mahu saya deactife kan blog ini, kerana bagi saya dalam konteks blogger ni pun perlu disuaikan dengan fiqh aulawiyat di mana perkara yang tidak mendatangkan keberkesanan dalam perjuangan harus ditolak tepi. Nahh! Itulah saya!

Tetapi, bila teringat kisah seekor burung pipit yang membawa sedikit air untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim A.S. Walaupun burung sekecil itu sendiri tahu bahawa dia tidak mampu untuk menyelamatkan Nabinya, namun itulah tandanya ia berjuang.. Maka, saya tahu, saya juga perlu terus berjuang, berjuang dan terus berjuang!!

Fatrah kehidupan saya sekarang ini agak down atau dalam bahasa yang senang, bateri kekuatan hampir lemah atau nak lebih senang faham, rasa nak balik Malaysia! Nak charge kekuatan drpd mak abah.. Tapi, saya perlu terima hakikat yang anak perantau perlu lebih cekal, lebih tabah dan yang lebih penting, perlu lebih matang! Saya tak boleh terlalu memanjakan diri saya dengan perkara remeh temeh. 

Terus memorak langkah walaupun wujud 1000 halangan


Maka, untuk malam ini, saya cuba pujuk diri saya dengan sebuah kisah, supaya ada ibrah dengan harapan kekuatan itu diharapkan mengalir sedikit demi sedikit.. [Tak lupa juga untuk beberapa orang sahabat saya yang situasinya hampir sama..]

Alkisahnya ~

Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut, "kenapa kamu memukul kucing yang lemah ini??" Jawab lelaki tersebut, "aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yang tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata temapat di rumahku".

Kemudian, berkatalah ahli sufi tersebut, "ini sebenarnya peringatan dan tamsilan antara kita dengan Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan, pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat yang kita kecapi, kita membalas dengan derhaka kepadaNya. Lihatlah betapa baiknya dan ratmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNya, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNya". 

Ya, saya agak terkesan apabila membaca cerita ini. Saya tercampak di dunia ini kerana Dia, dibesarkan dalam sebuah keluarga yang cukup sempurna kerana Dia, diberi peluang belajar dengan tenang kerana Dia, Punya sahabat-sahabat yang baik kerana Dia & pelbagai nikmat lagi yang saya kecapi hanya kerana Dia yang memberi.

Tetapi, apabila Dia cuma menguji saya dengan beberapa perkara, saya mula merungut, mula merasa dunia tidak adil, mula terasa cepat putus asa.Sedangkan, saya tahu Dia sedang melatih Iman saya untuk lebih bercambah dengan ditangkan sedikit ujian. Saya tidak pernah cuba untuk bangun malam merintih kesedihan, & mengadu nasib kepada Dia. Sedangkan saya tahu, Dia sentiasa merindui rintihan hamba-hambaNya. 

Rabbi, terlanjur aku dalam derhaka kepadaMu. Semakin dekat Kau mendekati aku, semakin aku jauh lalai dengan nikmatMu. Semakin rapat kasih sayangMu buat diriku, semakin lemas aku dalam dakapan dosa-dosa.. 

Allah.. Patutlah kebelakangan ni mudah rebah, mudah lelah, mudah lesu, mudah jatuh. Ini jawapannya, tidak cuba untuk membalas nikmat-nikmatNya. Bukan berusaha untuk bangun malam berjumpa denganNya, untuk menunaikan solat lima waktu tepat pada waktunya pun agak susah. Allah... Allah.. Teruskan mendakap aku agar aku tidak terus lalai dariMu...


Allahumma firli..



Monday, June 20, 2011

Harga sekeping S.Y.U.K.U.R

Tertunduk aku mensyukuri nikmat serta hidayah kurnian Allah buat aku, hambaNya yang sering lupa dan sering pula ingkar dalam penghambaan yang masih punya compang-campingnya ini. Namun kurniaan Allah tidak ada pula surutnya buatku yang sentiasa dihidangkan dengan laluan dan lorongan ilham hingga aku terpandu untuk terus menghasilkan bingkisan-bingkisan di jalanan tarian pena az-zukruf ini.


Ingin sekali menjadi seorang penulis yang berseni, semoga Allah mendengar..


            Alhamdulillah, Sejuta kesyukuran untuk ILAHI, akhirnya DIA kurnia jua masa untuk gadis berblog biru ini untuk terus mengupdate kembali laman blognya.  Sungguh! walaupun sudah seminggu lebih saya berada di Malaysia, Allah sukar sekali untuk saya mencari masa untuk memberi sedikit perhatian pada diri sendiri. Allah, sibuk kot kebelakangan ni.. Terlalu! Setiap saat sy cuba utk cari masa, walaupun seminit dua, namun sangat susah! Dan hari ini saya mampu tersenyum kerana peluang untuk mengupdate blog sy ini hadir jua akhirnya.. Hakikatnya, terlalu banyak perkara yang ingin saya kongsikan bermula dari penerbangan saya ke Malaysia sehinggalah ke hari ini..

Maka, segala-galanya saya mulakan dengan lafaz agung lagi mulia, بسم الله الرحمن الرحيم   ….





Setiap kali ada permulaan, pasti ada akhirnya
Setiap kali ada awal, pasti ada hujungnya..

Bgitu juga,
Setiap kali ada hari, pasti ada yang menanti
Setiap kali ada minggu, pasti ada yang menunggu
Setiap kali ada bulan, pasti ada yang akan berdepan
Setiap kali ada tahun, pasti ada yang berpohon..

Yang pasti itu..

Adalah janji Allah yang tiada siapa ketahui isinya..


Rindu ‘bau’ Malaysia

9 jun 2011 tarikh yang ditunggu tiba. Saya mula berangkat ke Amman bersama sahabat, Salwani. Setibanya di Amman, sudah terbau suasana Malaysia, apatah lagi bau kampung halaman. Sedangkan, perjalanan baru sahaja 10 peratus. Biasalah tuh, semangat anak perantauan pulang ke tanah air. Flight saya jam 12.30 p.m hari dan Alhamdulillah tepat 12.30 p.m, kapal terbang yang saya naiki, iaitu Kuwait Airlines mula meluncur. Setelah 2 jam di atas penerbangan, kami sampai di Kuwait. Bagi saya, Negara Kuwait tak banyak beza pun dengan Jordan, Cuma barangkali agak maju 3 kali ganda daripada Jordan. Transit kami agak lama di Kuwait, around 9 jam. Namun, Alhamdulillah, kami diberi hotel. Hotel yang sangat selesa, makanan yang agak menyelerakan serta suasana yang agak tenang. Alhamdulillah. Tepat jam 11 p.m, dengan Kuwait Airlines juga, kami diterbangkan ke KLIA. Sangat memenatkan kerana penerbangan kali ini memakan masa 9 jam di atas kapal terbang. Tidak lain, tidak bukan, masa yang ada itu banyak dihabiskan kepada tidur. Cuma, ada satu perkara yang saya teruja untuk kongsikan adalah saat masuk waktu solat subuh. Akibat terlalu penat, saya terlepas pandang waktu solat subuh. Namun, Alhamdulillah, tepat jam 2 p.m di tangan, saya terjaga daripada tidur. Saya tergerak untuk membuka tingkap dan sangat mengejutkan apabila melihat mega merah sudah kelihatan di sebalik ufuk. Allah, walaupun agak sangsi dengan suasana tersebut, namun saya segera bangun menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk. Dan, tatkala itu jua lah saya lihat rupa-rupanya ramai yang sedang solat di bahagian belakang kapal terbang. Allah, nampaknya saya terlewat. Namun, suasana tersebut benar-benar buat saya kagum. Satu suasana yang agak jarang untuk dilihat. Kebiasaannya, ramai orang lebih membuat solat hormat waktu. Sejujurnya, yang kelihatan ramai itu bukanlah di kalangan orang-orang melayu, tetapi orang-orang arab barangkali, wallahua’lam, namun yang pasti bukan orang Malaysia! [No komen….]

Tepat  9 a.m jam di tangan, kapal terbang kami mendarat di KLIA. Allah, saat itu, hanya sejuta kesyukuran dipanjatkan, Alhamdulillah, perjalanan selamat dalam lindungan Ilahi. Namun, agak pelik apabila melihat suasana yang agak terlalu panas. Rupa-rupanya saya masih tidak menukar putaran waktu lagi. Jadinya, waktu Malaysia ketika itu adalah jam 2 p.m. Tiada apa-apa perubahan Malaysia yang saya lihat melainkan hanya suasana yang agak terik serta terlalu panas. 

Tepat jam 8 malam, family saya sampai. Hakikatnya, mereka sampai awal lagi di KL. Cuma, saya menyuruh mereka ke rumah adik saya dahulu memandangkan flight sahabat saya ke Alor Star jam 7 malam. Atas rasa tanggungjawab seorang sahabat, saya meneman beliau hingga jam 7 p.m. Sementara menunggu ketibaan keluarga saya, saya berehat di salah sebuah kerusi di pintu masuk, aras 3. Kebetulan, nak dijadikan cerita, sebelah saya seorang wanita arab yang berpurdah hitam. Saya menegurnya, dan tidak sangka sungguh dia orang kampung saya di Jordan, iaitu Mu’tah. Jadinya, sakan la kami menyembang. Dan masa tu lah keluarga saya sampai. Allah, tiada yang lebih menggembirakan melainkan apabila melihat wajah-wajah keluarga saya. Orang pertama yang saya peluk ketika itu, sudah tentulah ummi saya! Hampir menangis kot. *_* 


Tiada insan yang lebih memahami saya, melainkan ummi satu2nya..


ummi 1 dalam 1000 kot


Saat teristimewa

Keluar sahaja kawasan KLIA, saya dapat rasakan udara Malaysia sekarang agak berbeda. Maklumlah ibu kota yang sibuk dengan kekalutan manusia mengejar impian, mencari rezeki dan mungkin mencanai kemajuan. Pastilah udaranya sedikit sebanyak menjadi korban lantaran arus kemodenan semasa yang memaksa semua penghuni kota harus berkereta. Jadi, saya fikir asap ekzos yang saya tidak tahu berapa bilangannya itu sudah tentu menjadi habuan alam semulajadi yang tidak berdosa ini.

Dalam perjalanan, hujan turun tanpa diundang tanda rahmat dari Ilahi. Seraya mulut saya melafazkan doa yang jarang-jarang muncul di bibir kita kerana hanya bila hujan sahaja ia perlu dilafazkan.


اللهم صيبا نافعا
“ya Allah, curahkanlah yang bermanfaat”


Hujan yang turun membawa rahmat

Mungkin bagi sesetengah orang, doa ini terlalu simple dan tidaklah penting. Namun, saya ingat pesanan bekas pensyarah saya di Kolej Islam Darul Ridzuan dahulu, Doc. Faizal Kheir, katanya, selagi ia bergelar doa, tiadalah yang tidak penting. Besar atau kecil zatnya, tetap datang dari pertolongan yang Ar-rahim.

Seronok rasanya bila lidah lancar melagukan doa berturut-turut kerana saya selalunya alpa dan kurang mempraktikkan doa-doa ini. Guruh di langit berdentuman tanda kuasa yang Maha Agung menciptakan peringatan buat hambaNya. Terjadinya cas negative dengan cas positif yang bersentuhan hingga melahirkan bunyi yang dasyat itu tidak tercapai dek akal saya untuk mentafsirkannya. Yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa kepadaNya. Semoga Allah mendengarnya.


سبحان من سبحت له
“Aku akui kesucian Tuhan yang guruh ini mengucapkan
Tasbih untuknya”



Tatkala perjalanan semakin jauh, dan semakin hampir ke rumah, kami berhenti di sebuah masjid bagi menunaikan tanggungjawab yang masih belum terlaksana. Alhamdulillah, saya bersolat jemaah bersama ummi dan adik perempuan saya. Seperti biasa, ummi agak lambat meninggalkan sejadahnya kerana panjang wiridnya dan tawadhuk doanya seolah-olah itulah kali terakhir ummi menghadap Allah s.w.t. Berlainan abah, lengahnya bukanlah kerana doa yang tidak panjang atau wirid yang berat tetapi kerana lututnya yang sakit serta kakinya yang lenguh memperlahankan langkahnya. Namun, abah tetap gagah! Itu yang saya kagum..


Hebatnya sikap abah 

Selepas itu, abah ajak berhenti di sebuah kedai makan. Saya faham, masing-masing sudah lapar barangkali (^_^) Namun, saya agak teruja kerana ini kali pertama saya singgah di kedai makan setelah setahun meninggalkan Malaysia. Tapi, saya tak tahu nak makan apa, mungkin keletihan lebih mengatasi kelaparan. Namun, saya tetap memesan kuetiaw goreng. 

Dan semasa kami makan, tiba-tiba datang seseorang tanpa diundang. Kelihatannya agak tidak terurus, serta kurang betul orangnya. Allah, saat ini saya hampir menangis melihat sikap abah. Abah tidak menghalaunya, apatah lagi memarahinya, tetapi abah panggil beliau duduk di tempat abah. Abah berhenti makan, dan abah beri lelaki tersebut makanan abah. Subhanallah! Menjadi anakmu abah sangat membanggakan melihat sikapmu. Sejujurnya, saya jadi tidak bersemangat untuk meneruskan makan. Bukanlah kerana kurang menyelerakan, mungkin agak segan barangkali. Walaupun, pemuda tersebut hanyalah seorang lelaki yang kurang betul, namun hakikatnya, dia tetap seorang lelaki! Lalu, saya bangun dan terus menuju ke kereta (^_^)

Selepas setengah jam kemudian, kami sampai di rumah. Allah, rindu kot kat rumah ni! Tiada banyak perubahan, Cuma 2, 3 perabot je beralih tempat. Dan Alhamdulillah, bilik saya masih seperti dahulu, dan barang-barang di dalam almari pun tiada yang berubah.


Hari ‘ABAH’

Alhamdulillah, “kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya”..

Saya sayang ummi, saya juga sayang abah. Biarpun hakikatnya, saya tahu semua orang yang mempunyai kedua ibu bapa jua berperasaan begitu. Namun, saya masih belum puas mengucapkannya.  


Secara amnya, hari ini adalah hari abah. Namun, bagi saya, hari-hari adalah hari abah. Kalau boleh hari-hari saya nak melihat abah senyum, tenang, bahagia dan terus bahagia. Jauh dari sudut hati kecil saya, saya amat takut andai saya gagal melaksanakan amanah sebagai seorang anak perempuan. 


Untuk abah, “Tiqah tahu anak-anak adalah satu ujian kepada ibu bapa. Namun, tiqah harap Tiqah bukanlah ujian yang besar untuk abah dan ummi”..

Setiap kali menunaikan solat, setia saya panjatkan doa untuk ummi dan abah, moga-moga mereka sentiasa dirahmati dan dilindungi yang Maha Esa.. Percayalah! Tiada siapa di dunia ini yang mampu menjaga mereka selain dari Allah yang Maha Sempurna.. Kerna itulah, saya tidak pernah bosan dan tidak pernah lupa untuk terus mendoakan mereka, hatta ketika sedang berjalan.. Allah T__T


 رب ارحمهما كما ربيا ني صغيرا
“Tuhanku, rahmatilah akan kedua ibu bapaku sebagaimana
Kedua-duanya telah mendidik aku di kala kecil”



C.I.N.T.A suatu anugerah

Allah… Hebat benar dugaan kali ini yang Allah ciptakan buat hambaNya yang lemah seperti saya. Ombak perasaan yang melanda seolah-olah menyeksa saya untuk sentiasa memikirkan tentang dia. Namun, hakikatnya saya hanya mengintai tentang dia dari jauh.. Allah3!!! Tidak, saya perlu pelihara perasaan ini semampunya.. Ingin sekali menjadi serikandi yang syahid hanya kerana memelihara cinta kepada hamba Tuhannya.. [Hebat ujianMU ya Ilahi T__T]

Saya mula menggambarkan sejarah agungnya cinta Zulaikha ke atas Nabi Allah Yusof a.s hingga memungkinkan segala yang kelihatan seakan mustahil. Ulungnya cinta Khadijah buat suami yang juga penghulu segala Rasul, Nabi Muhammad s.a.w sehingga tiada yang dapat menandingi pengorbanannya hingga ke hembusan nafas terakhir. Sucinya cinta dan kasih Zainab, puteri Rasulullah s.a.w yang sanggup menangguhkan hijrah demi suami tercinta, namun akhirnya akur jua dipisahkan lantaran harus memilih haluan iman antara suami dan ayah, hukum dan cinta.

Lalu, serta merta saya panjatkan doa kerdil saya ini ke hadrat Ilahi atas anugerah yang Maha Indah ini..


الحمدلله الذي بنعمته تتم الصالحات
“Segala puji kepunyaan Allah yang dengan nikmatNya
Sempurna segala kebajikan”


Semoga segala yang baik itu tercipta untuk saya. Subhanallah.. Walaupun saya belum tahu, apakah akhirnya kesudahan kami, namun kesyukuran sentiasa saya panjatkan buat Yang Maha Esa atas pertemuan ini, dan bagi saya, cinta adalah satu anugerah.

Cuma, saya perlu lebih kuat dan perlu mujahadah yang lebih dalam memelihara anugerah yang terindah ini. Alhamdulillah, setakat ini, apabila saya merindui dia, hanya kepada Allah saya mengadu kerna orang yang rindu itu jua makhluk kepada Tuhan saya. Biarlah dia tidak tahu saya merindui dirinya, namun Tuhannya mengetahui saya merindui hambaNya. Moga-moga Allah lebih mengetahui apa yang terbaik di sisi kami. 


Cuma, satu harapan saya, mudah-mudahan kami akan disatukan dengan ikatan janji yang bersulamkan iman serta takwa. 

“Rahmat dan kasihMu Ilahi yang aku harapkan agar aku dapat bersamanya menikmati hari-hari yang akan mendatang. Berbakti taat setia sebagai isteri & bergurau senda sebagai teman dan menangis hiba sebagai sahabat untuknya..”

Namun, saya tidak pernah untuk lupa berdoa seusai solat tantang situasi saya sekarang ini. Doa saya, andai saya benar-benar wanita yang telah dijadikan dari tulang rusuk kirinya, maka saya mengharapkan ada sesuatu yang terbaik untuk kami. Dan jika dia bukanlah jodoh yang terbaik untuk saya, maka sudah tentu saya mengharapkan agar kami dijauhkan serta tunjukkanlah sesuatu tentang dia yang boleh saya redha andai tiada jodoh antara kami. 
[waahh, no more comment]


ya Allah, pelihara hati hambaMu ni ya Allah


Janji dipatri bukan untuk dimungkari…

Setia dicipta bukan untuk dicurangi…
Harapan dibina bukan untuk dikhianati…
Namun fitrah manusia yang serba lemah ini…
Memungkiri janji sudah tidak terbisa…
Mencurangi kesetiaan sentiasa tega…
Menkhianati harapan telah tegal biasa…

Berfikirlah untuk sesuatu yang lebih perlu…
Lantaran waktu yang tidak menunggu…
Untuk kita menyedari yang mana benar yang mana palsu…

Bergantunglah kepada yang Satu…
Agar jiwa dan raga bias berpadu…
Serta mampu bertahan di balik tugu yang tidak berbatu…

Wallahu’alam…

Saturday, May 28, 2011

:: Berhati2 bila melancong ke negara CHINA ::



http://i1214.photobucket.com/albums/cc482/mediamalaya/74ec7b1f/beef-extract-additive-550x348.jpg






Selamat malam! Agak janggal bila buka blog dan entry yang sama dibaca.. [maksudnya tak update laaa] So, walaupun masih berbaki 2 paper 31 mei ni, saya cuba juga luangkan sedikit masa malam ni untuk masukkan entry baru.. Makanya, bila kejar masa macamni, saya hanya dapat masukkan entry yang ringkas, tapi bermanfaat... ;) 


http://i1214.photobucket.com/albums/cc482/mediamalaya/74ec7b1f/beef-extract-additive2.jpg
Ini lah benda yang menyebabkan rasa seakan daging lembu tuuuu
http://i1214.photobucket.com/albums/cc482/mediamalaya/74ec7b1f/beef-extract-additive3.jpg
huh! teruknya bangsa zionis ni
http://i1214.photobucket.com/albums/cc482/mediamalaya/74ec7b1f/beef-extract-additive4.jpg
Sapa yang lalu?

~ Orang China ni bukan saje pandai buat telur tiruan malah mereka ni sudah pandai buat daging lembu tiruan jugak. Yang gelinye, menggunakan DAGING BABI

~ Di sana, harga daging lembu dua kali lebih mahal daripada daging babi. Jadi mereka pakat tipu semua orang dengan menjadikan daging babi seolah-olah daging lembu.

~ Dalam masa 90 minit saja, daging babi yang digoreng menjadi sesedap daging lembu.
 
[Macam mana mereka buat?]

~ Mereka menggunakan “beef extract� yang dijual dalam bentuk botol dan berleluasa di sana. Mereka gaulkan daging babi dengan rempah tersebut, dan wallah! Daging babi yang dihidang rasanya seperti daging lembu.

~ Orang ramai pun tak dapat bezakan daging lembu tiruan tersebut. Dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan cancer. 

~ Adakah teknologi ini sudah tiba di negara Malaysia? 

[Anda tentukan!!!!!] 

* Sekian, nak sambung study Fiqh Ibadat semulaaaaaa ;) Selamat malam semua!

Thursday, May 26, 2011

* KESEDIHAN ini ALLAH yang hadirkan, maka bersyukurlah *

 Tak tahu nak masukkan entry apa kali ni, cuma nak sampaikan cerita sang hati jua keadaan hati kecil ini sejak kebelakangan ni T___T Mungkin hatinya tidak kuat seperti hati-hati insan lain.. Namun, percayalah! hakikatnya, si gadis berblog biru ni kuat orangnya, tabah orangnya, namun mungkin sudah agak letih untuk 'ia' terus menghadapi semua ini..


"Berat mata memandang, berat lagi bahu ini memikul"




Tak perlu menyorok! T__T







   Kekuatannya seolah sudah zero! OHH di manakah kekuatan itu menyorok.. Sila datang kembali!



    Si gadis berblog biru sedang berada dalam fatrah Nihae'i.. Namun, hatinya sedang menangis! ALLAH datangkan ujian waktu2 macamni.. Percayalah duhai gadis berblog biru, "ALLAH tidak akan membebankan seseorang itu andai hambaNYA tidak mampu".. YA, si gadis berblog biru ini mengerti.. Namun, mengapa 'ia' masih bersedih? Mengapa 'ia' down untuk terus menghadapi soalan-soalan exam? 



"Tinggal kesedihanmu itu demi ILMU"


Kerana, si gadis berblog biru ini sudah penat untuk menghadapi karenah orang! Ayuh si gadis, di manakah dirimu yang lalu? Yang penuh dengan kekuatan, penuh dengan keazaman! Di manakah si gadis berblog yang dulu dapat kutemui kembali? Terus bangun, Lebarkan langkahmu..! ILMU2 itu masih menunggu dirimu untuk menggenggam mereka.. Kau mengerti wahai si gadis berblog biru? Andai mengerti, bangunlah segera!


Si gadis berblog ini terus bermonolog, 'ia' sudah berusaha sedayanya untuk membantu orang.. Dia sayang sahabatnya itu! Namun, kehadirannya bagaikan tidak wujud.. Apa lagi yang 'ia' mampu lakukan? Mungkin menjauhkan diri itu yang terbaik katanya..




" Mungkin tanpa aku di sisimu, engkau lebih bahagia "





Namun, ada 'insan yang baik hati' telah berkongsi nasihat dengan si gadis berblog biru ini.. Kata insan itu, "sebab orang lain tak kuat macam dirimu, itu yang ALLAH pilih dirimu di antara semua.. Bertepatan dengan janji ALLAH "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" [Surah Al-Baqarah, ayat 286]..Teruskan tabah, teruskan kuat.. Dirimu kan kuat orangnya!"


Terima kasih! sekurang-kurangnya, ayat si insan baik hati itu mampu melegakan sedikit perasaan sedih si gadis berblog ini..


Namun.....................!


Hari ini, si gadis berblog biru ini tetibe demam! Huh, sungguh tiada kekuatan dah dalam dirinya..... T___T 


" Ummi.....perlukan ummi saat ini "



SYAFAKILLAH......*_*

"Perasaan ini, adakalanya perlu dilayan"




Bagaimana ya untuk memujuk hati si gadis berblog biru ini.. 

Hatinya tergerak untuk membuka helaian demi helaian ayat suci Al-Quran.. Alhamdulillah, ALLAH Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani.. ALLAH memujuk hatinya dengan berkata "Patutkah manusia menyangkakan bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata KAMI BERIMAN, sedangkan mereka masih tidak diuji dengan sesuatu cubaan?" [Surah Al-An'kabut ayat 2]..


ya ALLAH, andai ini ujianMU, aku redha 





Si gadis berblog biru ini terus bermonolog, katanya.. mungkin ini yang terbaik di sisinya.. Sebagaimana firman ALLAH "boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" [Surah Al-Baqarah ayat 216]

OHHH benar semua yang dirakamkan oleh ALLAH di dalam Al-Quran ini.. Rupanya, si gadis berblog biru ini terlepas pandang tentang semua ini.. 

Wahai si gadis berblog biru, mengadulah kepada ALLAH.. DIA sebaik2 pembantu untuk mu.. Percayalah, DIA sering merindui rintihan hamba-hambaNYA.. Allah dah nyatakan di dalam kalamNYA "cukuplah ALLAH bagiku, tiada Allah selain DIA. Hanya kepadaNYA aku bertawakal" [Surah At-Taubah, ayat 129]..


Orang mukmin itu apabila diuji, ia akan berasa terhibur
****************


 [Si gadis berblog biru ingin jadi seperti itu!!!]


Dan untuk akhirnya, si gadis berblog biru ini sudah mampu tersenyum dalam menghadapi duri2 ujian serta sudah mampu senyum dalam berhadapan 'mereka'.. 


Kerana apa?


Kerana, Islam yang dianutinya, benar2 menjaga kemaslahatan ummatnya.. Tuhan yang disembahnya, sangat2 HEBAT!!! DIA tidak akan membiarkan hambaNYA keseorangan melainkan hambaNYA yang sering meninggalkan DIA..


 
" Teruskan dengan kegembiraan dalam meniti hari2yang mendatang wahai gadis si blog biru "

"kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi"


 Hati yang muram, siapa mengerti
~AtiqatuAfnan~