Tertunduk aku mensyukuri nikmat serta hidayah kurnian Allah buat aku, hambaNya yang sering lupa dan sering pula ingkar dalam penghambaan yang masih punya compang-campingnya ini. Namun kurniaan Allah tidak ada pula surutnya buatku yang sentiasa dihidangkan dengan laluan dan lorongan ilham hingga aku terpandu untuk terus menghasilkan bingkisan-bingkisan di jalanan tarian pena az-zukruf ini.
Ingin sekali menjadi seorang penulis yang berseni, semoga Allah mendengar.. |
Alhamdulillah, Sejuta kesyukuran untuk ILAHI, akhirnya DIA kurnia jua masa untuk gadis berblog biru ini untuk terus mengupdate kembali laman blognya. Sungguh! walaupun sudah seminggu lebih saya berada di Malaysia, Allah sukar sekali untuk saya mencari masa untuk memberi sedikit perhatian pada diri sendiri. Allah, sibuk kot kebelakangan ni.. Terlalu! Setiap saat sy cuba utk cari masa, walaupun seminit dua, namun sangat susah! Dan hari ini saya mampu tersenyum kerana peluang untuk mengupdate blog sy ini hadir jua akhirnya.. Hakikatnya, terlalu banyak perkara yang ingin saya kongsikan bermula dari penerbangan saya ke Malaysia sehinggalah ke hari ini..
Maka, segala-galanya saya mulakan dengan lafaz agung lagi mulia, بسم الله الرحمن الرحيم ….
Setiap kali ada permulaan, pasti ada akhirnya
Setiap kali ada awal, pasti ada hujungnya..
Bgitu juga,
Setiap kali ada hari, pasti ada yang menanti
Setiap kali ada minggu, pasti ada yang menunggu
Setiap kali ada bulan, pasti ada yang akan berdepan
Setiap kali ada tahun, pasti ada yang berpohon..
Yang pasti itu..
Adalah janji Allah yang tiada siapa ketahui isinya..
Rindu ‘bau’ Malaysia
9 jun 2011 tarikh yang ditunggu tiba. Saya mula berangkat ke Amman bersama sahabat, Salwani. Setibanya di Amman, sudah terbau suasana Malaysia, apatah lagi bau kampung halaman. Sedangkan, perjalanan baru sahaja 10 peratus. Biasalah tuh, semangat anak perantauan pulang ke tanah air. Flight saya jam 12.30 p.m hari dan Alhamdulillah tepat 12.30 p.m, kapal terbang yang saya naiki, iaitu Kuwait Airlines mula meluncur. Setelah 2 jam di atas penerbangan, kami sampai di Kuwait. Bagi saya, Negara Kuwait tak banyak beza pun dengan Jordan, Cuma barangkali agak maju 3 kali ganda daripada Jordan. Transit kami agak lama di Kuwait, around 9 jam. Namun, Alhamdulillah, kami diberi hotel. Hotel yang sangat selesa, makanan yang agak menyelerakan serta suasana yang agak tenang. Alhamdulillah. Tepat jam 11 p.m, dengan Kuwait Airlines juga, kami diterbangkan ke KLIA. Sangat memenatkan kerana penerbangan kali ini memakan masa 9 jam di atas kapal terbang. Tidak lain, tidak bukan, masa yang ada itu banyak dihabiskan kepada tidur. Cuma, ada satu perkara yang saya teruja untuk kongsikan adalah saat masuk waktu solat subuh. Akibat terlalu penat, saya terlepas pandang waktu solat subuh. Namun, Alhamdulillah, tepat jam 2 p.m di tangan, saya terjaga daripada tidur. Saya tergerak untuk membuka tingkap dan sangat mengejutkan apabila melihat mega merah sudah kelihatan di sebalik ufuk. Allah, walaupun agak sangsi dengan suasana tersebut, namun saya segera bangun menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk. Dan, tatkala itu jua lah saya lihat rupa-rupanya ramai yang sedang solat di bahagian belakang kapal terbang. Allah, nampaknya saya terlewat. Namun, suasana tersebut benar-benar buat saya kagum. Satu suasana yang agak jarang untuk dilihat. Kebiasaannya, ramai orang lebih membuat solat hormat waktu. Sejujurnya, yang kelihatan ramai itu bukanlah di kalangan orang-orang melayu, tetapi orang-orang arab barangkali, wallahua’lam, namun yang pasti bukan orang Malaysia! [No komen….]
Tepat 9 a.m jam di tangan, kapal terbang kami mendarat di KLIA. Allah, saat itu, hanya sejuta kesyukuran dipanjatkan, Alhamdulillah, perjalanan selamat dalam lindungan Ilahi. Namun, agak pelik apabila melihat suasana yang agak terlalu panas. Rupa-rupanya saya masih tidak menukar putaran waktu lagi. Jadinya, waktu Malaysia ketika itu adalah jam 2 p.m. Tiada apa-apa perubahan Malaysia yang saya lihat melainkan hanya suasana yang agak terik serta terlalu panas.
Tepat jam 8 malam, family saya sampai. Hakikatnya, mereka sampai awal lagi di KL. Cuma, saya menyuruh mereka ke rumah adik saya dahulu memandangkan flight sahabat saya ke Alor Star jam 7 malam. Atas rasa tanggungjawab seorang sahabat, saya meneman beliau hingga jam 7 p.m. Sementara menunggu ketibaan keluarga saya, saya berehat di salah sebuah kerusi di pintu masuk, aras 3. Kebetulan, nak dijadikan cerita, sebelah saya seorang wanita arab yang berpurdah hitam. Saya menegurnya, dan tidak sangka sungguh dia orang kampung saya di Jordan, iaitu Mu’tah. Jadinya, sakan la kami menyembang. Dan masa tu lah keluarga saya sampai. Allah, tiada yang lebih menggembirakan melainkan apabila melihat wajah-wajah keluarga saya. Orang pertama yang saya peluk ketika itu, sudah tentulah ummi saya! Hampir menangis kot. *_*
Tiada insan yang lebih memahami saya, melainkan ummi satu2nya.. |
ummi 1 dalam 1000 kot |
Saat teristimewa
Keluar sahaja kawasan KLIA, saya dapat rasakan udara Malaysia sekarang agak berbeda. Maklumlah ibu kota yang sibuk dengan kekalutan manusia mengejar impian, mencari rezeki dan mungkin mencanai kemajuan. Pastilah udaranya sedikit sebanyak menjadi korban lantaran arus kemodenan semasa yang memaksa semua penghuni kota harus berkereta. Jadi, saya fikir asap ekzos yang saya tidak tahu berapa bilangannya itu sudah tentu menjadi habuan alam semulajadi yang tidak berdosa ini.
Dalam perjalanan, hujan turun tanpa diundang tanda rahmat dari Ilahi. Seraya mulut saya melafazkan doa yang jarang-jarang muncul di bibir kita kerana hanya bila hujan sahaja ia perlu dilafazkan.
اللهم صيبا نافعا
“ya Allah, curahkanlah yang bermanfaat”
Hujan yang turun membawa rahmat |
Mungkin bagi sesetengah orang, doa ini terlalu simple dan tidaklah penting. Namun, saya ingat pesanan bekas pensyarah saya di Kolej Islam Darul Ridzuan dahulu, Doc. Faizal Kheir, katanya, selagi ia bergelar doa, tiadalah yang tidak penting. Besar atau kecil zatnya, tetap datang dari pertolongan yang Ar-rahim.
Seronok rasanya bila lidah lancar melagukan doa berturut-turut kerana saya selalunya alpa dan kurang mempraktikkan doa-doa ini. Guruh di langit berdentuman tanda kuasa yang Maha Agung menciptakan peringatan buat hambaNya. Terjadinya cas negative dengan cas positif yang bersentuhan hingga melahirkan bunyi yang dasyat itu tidak tercapai dek akal saya untuk mentafsirkannya. Yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa kepadaNya. Semoga Allah mendengarnya.
سبحان من سبحت له
“Aku akui kesucian Tuhan yang guruh ini mengucapkan
Tasbih untuknya”
Tatkala perjalanan semakin jauh, dan semakin hampir ke rumah, kami berhenti di sebuah masjid bagi menunaikan tanggungjawab yang masih belum terlaksana. Alhamdulillah, saya bersolat jemaah bersama ummi dan adik perempuan saya. Seperti biasa, ummi agak lambat meninggalkan sejadahnya kerana panjang wiridnya dan tawadhuk doanya seolah-olah itulah kali terakhir ummi menghadap Allah s.w.t. Berlainan abah, lengahnya bukanlah kerana doa yang tidak panjang atau wirid yang berat tetapi kerana lututnya yang sakit serta kakinya yang lenguh memperlahankan langkahnya. Namun, abah tetap gagah! Itu yang saya kagum..
Hebatnya sikap abah
Selepas itu, abah ajak berhenti di sebuah kedai makan. Saya faham, masing-masing sudah lapar barangkali (^_^) Namun, saya agak teruja kerana ini kali pertama saya singgah di kedai makan setelah setahun meninggalkan Malaysia. Tapi, saya tak tahu nak makan apa, mungkin keletihan lebih mengatasi kelaparan. Namun, saya tetap memesan kuetiaw goreng.
Dan semasa kami makan, tiba-tiba datang seseorang tanpa diundang. Kelihatannya agak tidak terurus, serta kurang betul orangnya. Allah, saat ini saya hampir menangis melihat sikap abah. Abah tidak menghalaunya, apatah lagi memarahinya, tetapi abah panggil beliau duduk di tempat abah. Abah berhenti makan, dan abah beri lelaki tersebut makanan abah. Subhanallah! Menjadi anakmu abah sangat membanggakan melihat sikapmu. Sejujurnya, saya jadi tidak bersemangat untuk meneruskan makan. Bukanlah kerana kurang menyelerakan, mungkin agak segan barangkali. Walaupun, pemuda tersebut hanyalah seorang lelaki yang kurang betul, namun hakikatnya, dia tetap seorang lelaki! Lalu, saya bangun dan terus menuju ke kereta (^_^)
Selepas setengah jam kemudian, kami sampai di rumah. Allah, rindu kot kat rumah ni! Tiada banyak perubahan, Cuma 2, 3 perabot je beralih tempat. Dan Alhamdulillah, bilik saya masih seperti dahulu, dan barang-barang di dalam almari pun tiada yang berubah.
Hari ‘ABAH’
Alhamdulillah, “kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya”..
Saya sayang ummi, saya juga sayang abah. Biarpun hakikatnya, saya tahu semua orang yang mempunyai kedua ibu bapa jua berperasaan begitu. Namun, saya masih belum puas mengucapkannya.
Secara amnya, hari ini adalah hari abah. Namun, bagi saya, hari-hari adalah hari abah. Kalau boleh hari-hari saya nak melihat abah senyum, tenang, bahagia dan terus bahagia. Jauh dari sudut hati kecil saya, saya amat takut andai saya gagal melaksanakan amanah sebagai seorang anak perempuan.
Untuk abah, “Tiqah tahu anak-anak adalah satu ujian kepada ibu bapa. Namun, tiqah harap Tiqah bukanlah ujian yang besar untuk abah dan ummi”..
Setiap kali menunaikan solat, setia saya panjatkan doa untuk ummi dan abah, moga-moga mereka sentiasa dirahmati dan dilindungi yang Maha Esa.. Percayalah! Tiada siapa di dunia ini yang mampu menjaga mereka selain dari Allah yang Maha Sempurna.. Kerna itulah, saya tidak pernah bosan dan tidak pernah lupa untuk terus mendoakan mereka, hatta ketika sedang berjalan.. Allah T__T
رب ارحمهما كما ربيا ني صغيرا
“Tuhanku, rahmatilah akan kedua ibu bapaku sebagaimana
Kedua-duanya telah mendidik aku di kala kecil”
C.I.N.T.A suatu anugerah
Allah… Hebat benar dugaan kali ini yang Allah ciptakan buat hambaNya yang lemah seperti saya. Ombak perasaan yang melanda seolah-olah menyeksa saya untuk sentiasa memikirkan tentang dia. Namun, hakikatnya saya hanya mengintai tentang dia dari jauh.. Allah3!!! Tidak, saya perlu pelihara perasaan ini semampunya.. Ingin sekali menjadi serikandi yang syahid hanya kerana memelihara cinta kepada hamba Tuhannya.. [Hebat ujianMU ya Ilahi T__T]
Saya mula menggambarkan sejarah agungnya cinta Zulaikha ke atas Nabi Allah Yusof a.s hingga memungkinkan segala yang kelihatan seakan mustahil. Ulungnya cinta Khadijah buat suami yang juga penghulu segala Rasul, Nabi Muhammad s.a.w sehingga tiada yang dapat menandingi pengorbanannya hingga ke hembusan nafas terakhir. Sucinya cinta dan kasih Zainab, puteri Rasulullah s.a.w yang sanggup menangguhkan hijrah demi suami tercinta, namun akhirnya akur jua dipisahkan lantaran harus memilih haluan iman antara suami dan ayah, hukum dan cinta.
Lalu, serta merta saya panjatkan doa kerdil saya ini ke hadrat Ilahi atas anugerah yang Maha Indah ini..
الحمدلله الذي بنعمته تتم الصالحات
“Segala puji kepunyaan Allah yang dengan nikmatNya
Sempurna segala kebajikan”
Semoga segala yang baik itu tercipta untuk saya. Subhanallah.. Walaupun saya belum tahu, apakah akhirnya kesudahan kami, namun kesyukuran sentiasa saya panjatkan buat Yang Maha Esa atas pertemuan ini, dan bagi saya, cinta adalah satu anugerah.
Cuma, saya perlu lebih kuat dan perlu mujahadah yang lebih dalam memelihara anugerah yang terindah ini. Alhamdulillah, setakat ini, apabila saya merindui dia, hanya kepada Allah saya mengadu kerna orang yang rindu itu jua makhluk kepada Tuhan saya. Biarlah dia tidak tahu saya merindui dirinya, namun Tuhannya mengetahui saya merindui hambaNya. Moga-moga Allah lebih mengetahui apa yang terbaik di sisi kami.
Cuma, satu harapan saya, mudah-mudahan kami akan disatukan dengan ikatan janji yang bersulamkan iman serta takwa.
“Rahmat dan kasihMu Ilahi yang aku harapkan agar aku dapat bersamanya menikmati hari-hari yang akan mendatang. Berbakti taat setia sebagai isteri & bergurau senda sebagai teman dan menangis hiba sebagai sahabat untuknya..”
Namun, saya tidak pernah untuk lupa berdoa seusai solat tantang situasi saya sekarang ini. Doa saya, andai saya benar-benar wanita yang telah dijadikan dari tulang rusuk kirinya, maka saya mengharapkan ada sesuatu yang terbaik untuk kami. Dan jika dia bukanlah jodoh yang terbaik untuk saya, maka sudah tentu saya mengharapkan agar kami dijauhkan serta tunjukkanlah sesuatu tentang dia yang boleh saya redha andai tiada jodoh antara kami.
[waahh, no more comment]
ya Allah, pelihara hati hambaMu ni ya Allah |
Janji dipatri bukan untuk dimungkari…
Setia dicipta bukan untuk dicurangi…
Harapan dibina bukan untuk dikhianati…
Namun fitrah manusia yang serba lemah ini…
Memungkiri janji sudah tidak terbisa…
Mencurangi kesetiaan sentiasa tega…
Menkhianati harapan telah tegal biasa…
Berfikirlah untuk sesuatu yang lebih perlu…
Lantaran waktu yang tidak menunggu…
Untuk kita menyedari yang mana benar yang mana palsu…
Bergantunglah kepada yang Satu…
Agar jiwa dan raga bias berpadu…
Serta mampu bertahan di balik tugu yang tidak berbatu…
Wallahu’alam…