Followers

Wednesday, May 25, 2011

"MEREKA" penguat sy..

Tetibe rasa rindu dengan semua orang.. Semua yang ada di malaysia.. Hurm, tapi tak tahu nak kongsi dengan sape, sebab saya fikir semua orang tentu merasai apa yang saya rase.. Saya tak nak cite something yang sedih, namun mungkin akibat terlalu rindu, akhirnya juraian kecil terasa panas di pipi. OHH T__T


Semoga hati ini terus kuat tanpa ummi di sisi



Orang yang paling saya rindui, susah tentu ummi saya.  Dia wanita yang terlalu unik setakat ni saya jumpa. bukan 1 dalam 1000, mungkin 1 di antara semua wanita di dalam dunia ni. [waaa, ni yg rasa makin sebak ni] Nak tahu kenapa saya kata ummi saya unik? Kerana air matanya terlalu mahal untuk ia keluarkan di depan kami, anak2 dia.. Seingat saya, selama saya hidup ni, sekali je pernah nampak air mata ummi mengalir sewaktu nak melepaskan saya di airport tahun lepas, itu pun hanya sekadar takungan di mata ummi. Berharganya air mata ummi. 

Duhai hati, sila tabah!




Namun, saya tahu, ummi kerap menangis sebenarnya. Cumanya, ummi tak tunjuk pada anak2 dia..
Baru2 ni, saya call ummi sempena besdaynya 1 mei.. Bila dah jauh2 ni, memang agak sebak bila menyatakan ucapan hari lahir kepada ummi. "Ummi, selamat hari lahir. semoga umi dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu & berjaya dalam hidup ummi..Tiqa minta maaf andai tiqa tak dapat jadi anak yang baik untuk ummi..Ummi, rindu...." Saya kaget. Rasa sebak yang amat. Jujur! Rasa sedih sangat! Mungkin ummi terdengar esakan kecil saya, lalu ummi membalas "Terima kasih, belajar rajin2. Ummi ni tak macam ibu-ibu orang lain, ada rasa rindu pada anak-anak.. Cuma Ummi nk belajar, belajar rajin2.." 

ggrrrllpppp~ Hilang terus rasa sedih tu! Hilang feeling.. & terus bersembang seperti biasa dengan ummi :)

Namun, sangkaan saya meleset.. Keesokan harinya, kakak call saya.. Bertanya, ada ucap ulang tahun kelahiran pada ummi.. Sudah tentu, itu jawapan ringkas saya.. Rupa2nya, kakak berceritakan pada saya, ummi call kakak menyatakan kesedihan tentang saya.. Kata ummi pada kakak, "macamanalah tiqa di sana, pandai ke jaga diri di negara orang. Sedih bila anak2 berjauhan.." & mcm2 lagi lah yang ummi kongsi. 

Ternyata! ummi punyai perasaan rindu yang lebih dari saya. Mungkin kakak dah berkahwin, itu yang ummi selesa berkongsi dengannya.. YA ALLAH, maafkan aku kerana telah mengalirkan air mata ummi! Mungkin kerana aku telah menyatakan rindu pada ummi sebelum itu, menyebabkan ummi turut bersedih......

[MEMANG tak boleh tahan dah air mata niii...]

ABAH..  ^_^  Teringat kali terakhir abah menghantar di airport.. Ucapan abah terlalu ringkas, mungkin tidak seperti ayah2 orang lain yang menghantar anak untuk belajar di negara orang, mungkin ayah2 orang lain menyampaikan pesanan macam2.. Yelah, nak berpisah dalam jangka masa yang lama kan.. Namun, ucapan abah terlalu ringkas. Kata abah, "belajar rajin2, semoga menjadi anak yang solehah.. Kalau terjadi apa2 pada abah, jangan balik.. teruskan belajar..." Ape perasaan masa tu? Ucapan abah tu lah yang menyebabkan mata saya bengkak akibat menangis.. Namun, dengan kata2 abah tu lah, saya pegang sampai sekarang.. Bila rasa malas belajar, saya ingat kata2 abah tu.. Terus saya semangat nk belajar rajin2, nak habis cepat.. Nak balik Malaysia, nak bahagiakan hati ummi dengan abah pula..

Abah guru yang terbaik dalam hidup saya


ya ALLAH
aku mohon dengan kesungguhan
ENGKAU terus panjangkan umur 'mereka'
Agar aku berkesempatan untuk membalas jasa 'mereka'


Adik beradik saya ramaiiiii..! 5? 6? 7? Salah semua tu.. 9! Ramai kan.. Asalnya 10.. Namun, ALLAH simpan seorang di akhirat sana untuk kebahagian ummi dan abah di akhirat kelak... Terima kasih Tuhan! Siti Nur Aisyah namanya.. kalau ikut pengiraan, dah besar adik aisyah sekarang.. Barangkali, 10 tahun.. Mesti sungguh comel  ;)

Rindunya pada putera dan puteri ummi & abah saya.. Bila dah berjauhan macam ni, mulalah, teringat segala karenah2 waktu dekat dahulu.. Hurm tapi, kami nak berkumpul sekeluarga memang susah.. Yela, kakak di sabah, abang di study di Kuis, adik2 semua di asrama.. Ada yg sekolah lain2, jadinya time cuti semua agak berbeza.. ^_^ Namun, itu lah yang manisnya..Bila sekali jumpa tu, haaa memang rasa macam kenduri pula.. Riuh rendah :) 

Aku dan mereka '1 hati'


Teringat kakak Rabiatul Adawiyah nun jauh di negeri bayu, Sabah.. Kakak lah insan yang paling lama saya tak jumpa. Sungguh! Jujur dari hati kecil ini, rindukan kakak! T__T  Terlalu! Baru2 ni, kakak dinaikkan pangkat.. Eh lupa, kakak saya seorang Kor Agama Tentera...  Tahniah kakakku sayang.. Menjadi adikmu, sangat membanggakan.. Mudah2an, dengan kenaikkan pangkatmu, maka lebih luas peluang untuk dirimu untuk terus berdakwah dalam kelompok tentera.. Doaku terus subur untukmu walaupun kita berjauhan ratusan batu ;)


Abang2ku sayang.. Nak kahwin dah abg saya yang sulung, Mohd Zaid.. Mabruk 'alaika ya akhi :) Semoga dikau bakal menjadi suami yang soleh, bimbinglah bakal isterimu ke jalan yang diredhai ALLAH..


Untuk abg ku Uwais Al-Qarni, seribu jutaan tahniah untukmu atas anugerah dekan semester baru2 ni.. Ternyata dirimu sangat seorang yang berusaha, setiap semester di anugerahkan DEKAN. Allah, menjadi adikmu, sangat mendamaikan ;) Doaku, moga abang abg uwais dapat menghabiskan semester terakhir ni di KUIS dengan cemerlang..


Adikku Ahmad Habibullah, tahniah jua untukmu! Baru2 ni, saya mendapat tahu dari keluarga, yang adik saya ni nak bertunang.. Allah, kakaknya sedang belajar lagi, adiknya nak bertunang dah *_*


Tahniah juga buat adik perempuan saya yang sulung, Siti Rahmah atas kerjaya yang dimilik baru2 ni.. Dah jadi guru adik saya.. Saya? Masih meneruskan usaha dalam mencari, dan mencari Ilmu2 ALLAH di muka bumiNYA..Ada hikmah ^_^


Untuk adik2 saya yang lain, Mohd Mujahid calon SPM.. Nur Hidayatul Fathiyyah calon PMR.. & si bongsu, Suhaila calon UPSR.. Percayalah kalian, untuk mengecapi kemanisan kejayaan, bukanlah sesuatu yang mudah, perlu melalui perlbagai ujian.. Kakak kalian ini terlebih dahulu makan garam, justeru untuk itu, berusahalah sehabis daya demi kejayaan di hujung sana (",)


Dan tentunya, rindu untuk si kecil ini tidak pernah pudar! Sudah besar agaknya si kecil ini.. Jangan nakal2 ye Aqil, dengar cakap ummi, semoga bakal menjadi mujahid agama.. Ameen ^_^

Hurmm, Alhamdulillah, hati agak tenang bila melihat gambar2 keluarga saya.. Itu sahaja ubat untuk melegakan sedikit perasaan sedih.. Cuma harapan saya, mudah2an, ALLAH terus memelihara mereka2 semua dengan kesihatan yang baik, umur yang panjang & rezeki yang berpanjangan.. Semoga, masih ada kesempatan untuk kami berkumpul kembali ramai2.. Allah...



Hati yang sedang dipujuk,
~AtiqatulAfnan~

No comments:

Post a Comment