Followers

Wednesday, October 20, 2010

Cerita hati ~

" Adakala hati merintih derita ~ Jiwa menangis sedih ~ Akal mengeluh letih "

ya Allah, ya Rahman..
Apakah aku tidak kuat atau Engkau sengaja menguji aku sekuat ini?

Perjuangan aku masih jauh, namun hati mudah lemah kebelakangan ini, jiwa mudah teremosi, perasaan cepat terusik & perjalanan mudah lelah..

Apakah, aku masih mampu meneruskan ujian~ujianMu ini ya Ilahi?

Wahai 'Permata Agama' , aku tidak tahu bagaimana lagi untuk menyampaikan cerita hatiku ini kepadamu.. Andai ianya bernilai sebagai 1 Ibadah dalam kehidupan kita, doaku, mudah~mudahan Allah akan menolong aku memberi hatimu faham ~ wallahua'lam ~~~

" Ya Allah, kiranya Kau temukan kami untuk mendidik diri kami agar lebih mencintai-Mu, maka hanya Kau yang mampu membawa hati~hati ini bertaut menelusuri jalan mencari cinta-Mu, mengharap maghfirah-Mu..
Jangan Kau pisahkan hati~hati ini di kala kami masih belum cukup untuk melamar redha & cinta-Mu ~~~ "

~ Atiqatul Afnan,
...   Memberilah tanpa mengharapkan balasan..
...   Memberilah dengan rasa kasih walau pemberianmu tidak pernah dihargai..
...   Memberilah kemaafan dengan penuh keikhlasan tidak akan mengungkit kejahatan yang lalu..
...   Memberilah kerana Tuhan hanya mengharapkan ganjaran keredhaan-Nya..
...   Memberilah dengan rasa lapang hati & tenang walaupun balasannya hanya dilukai..

~ Atiqatul Afnan, sabar ye? Hidup kita hanya sebentar, cuma kematian yang abadi.. Hidupkanlah kematian dalam diri untuk hidup yang abadi.. 
...   Tinggi mana lah ego kita dibandingkan agungnya Dia.. 
...   Besar manalah terkilan kita dengan celupar mulut & gelagat seorang manusia dibandingkan dengan besarnya derhaka kita kepada Dia.. 
...   Banyak mana lah kebaikkan kita yang tidak dihargai jika dibandingkan dengan banyak benar nikmat-Nya yang kita tidak syukuri..

~ Atiqatul Afnan, yang memaafkan, yang mula menghulurkan kedamaian, walau kalah di mata insan, walau hina di mata syaitan, walau ditertawa kawan & lawan, namun kau tetap yang tertinggi di sisi Ar-Rahman, yang Maha Cinta..

Salam keikhlasan : Atiqatul Afnan, Bayt Rodhina..



                          







PERKENANKAN AKU MENCINTAIMU SEMAMPU MUNGKIN..

Tuhanku..
Aku masih ingat,
Saat pertama dulu aku belajar mencintai-Mu,
Lembar demi lembar kitab kupelajari,
Untai demi untai kata para ustaz kuresapi,
Tentang cinta para nabi,
Tentang kasih para sahabat,
Tentang mahabbah para sufi,
Tentang kerinduan para syuhada
Lalu kutanam dijiwa dalam-dalam,
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan idealisme yang menggawang di awan..

Tapi Ya Rabbi,
Berbilang detik, minit, jam, hari, pekan, bulan, dan kemudian tahun
berlalu..
Aku berusaha mencintai-Mu dengan cinta yang paling utama,
Tapi..
Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untuk-Mu,
Aku makin merasakan gelisahku membadai,
Dalam cita yang menggawang,
Sedangkan kakiku mengambang,
tiada menjejak bumi,
Hingga aku terhempas kedalam jurang & kegelapan..

Wahai Ilaahi,
Kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, pekan, bulan, dan
kemudian tahun berlalu..
Aku mencuba merangkak, menggapai permukaan bumi dan menegakkan
jiwaku kembali
Meratap, memohon dan menghiba-Mu..

Allahu Rahmaan,
Ilaahi Rabbi..
Perkenankanlah aku mencintai-Mu,
Semampuku..

Allahu Rahiim,
Ilaahi Rabbi..
Perkenankanlah aku mencintai-Mu,
Dengan segala kelemahanku..

Ya Ilaahi..
Aku tak sanggup mencintai-Mu,
Dengan kesabaran menanggung derita Umpama Nabi Ayyub, Nabi Musa, Nabi Isa,
hingga Al-Musthafa Nabi saw..
Kerana itu izinkan aku mencintai-Mu
Melalui keluh kesah pengaduanku kepada-Mu..
Atas derita batin dan jasadku..
Atas sakit dan ketakutanku..

Yaa Rabbi,
Aku tak sanggup mencintai-Mu seperti Sayyid Abu Bakar r.a,
yang menyedekahkan seluruh hartanya,
dan hanya meninggalkan Engkau dan Rasul-Mu,
bagi diri dan keluarga,
Atau layaknya Sayyid Umar r.a,
yang menyerahkan separuh harta demi jihad,
Atau Sayyid Utsman r.a,
yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan dien-Mu ..

Rabbi,
Aku tak dapat beribadah seperti para sufi dan rahib,
yang membaktikan seluruh malamnya untuk becinta dengan-Mu,
Maka izinkanlah aku untuk mencintai-Mu,
dalam satu-dua rakaat lailku,
Dalam satu-dua sunnah nafilah-Mu,
Dalam desah nafas kepasrahan tidurku..

Yaa Rahmaan,
Aku tak sanggup mencintai-Mu bagai para hafidz dan hafidzah,
yang menuntaskan kalam-Mu dalam satu putaran malam,
Perkenankanlah aku mencintai-Mu,
Melalui selembar-dua lembar tilawah harianku,
Lewat lantunan seayat-dua ayat hafalanku..

Wahai pemilik nyawaku,
Perkenankanlah aku mencintai-Mu semampuku..
Agar cinta itu mengalun dalam jiwa..
Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku....

Amin ya Rabbi (T_T)

Tuesday, October 19, 2010

Rindukan tarbiyah dari-Mu ..

Ya Allah, dakaplah erat-erat diriku, agar aku tidak pernah rasa ingin meninggalkan-Mu walaupun ditinggalkan sekalian makhluk.. Engkau balutilah diriku dengan kesucian agar aku tidak pernah dikotori walaupun disekelilingku dipenuhi coretan hitam.. Ya Allah, sertailah setiap langkahku agar aku sentiasa dituntun kearah sabil-Mu walaupun dalam kembaraku ditaburi duri-duri ujian yang menyakitkan.. amin ya Rabbal alamin..

Monday, October 18, 2010

Musaffir jalanan..

Alhamdulillah (^_^)

Perjalanan ku kini kian bermula lagi.. Namun, kali agak kelainan kerana kini aku sebagai seorang musafir di bumi Syam, bumi syahada.. Bumi yang kerap kali menitiskan air mata ku dek sering terbayangkan perjalanan-perjalanan hidup Rasulullah S.A.W serta para sahabat.. Masakan tidak, keadaan geografinya, dengan padang pasir serta berbatu2, kerap kali membuatkan aku terfikir serta terbayang, bagaimana tegarnya baginda serta para sahabat menebarkan ajaran Islam.. Tegarkah aku menjadi seperti mereka??? wallahua'lam ~~~

Alhamdulillah, meskipun agak lewat untuk aku update blog yang terbaru ini selepas blog lama (permata.agama), namun Alhamdulillah, hari ini ada keizinan dari-Nya untuk tarian pena Az-Zukruf terus melontarkan tariannya.. Semoga ada nilai ibadah di sisi-Nya, amin ya Rabbi (^_^)

Untuk pertama kalinya, ingin ku bicarakan bagaimana keadaan wanita yang bernama 'Atiqatul Afnan' ini setelah hampir 2 bulan bermusafir di bumi Jordan ini..

. Alhamdulillah, kuliah berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecundangan yang mengganggu.. Hari-hari yang berlalu bagaikan sesuatu yang berharga.. Sukar utk membahagi masa dek kerana banyak perkara yang perlu dipelajari lagi.. Untuk semester ini, agak lelah mengikuti pengajian dalam kelas.. Dengan keadaan doktor yang berbahasa amminya, dengan keadaan pelajar arab yang lebih ramainya, dengan keadaan sejuknya, dan bermacam-macam keadaan lagi.. Namun, Alhamdulillah (^_^) semua itu menyeronokkan ~

. 'Bayt RODHINA' (^_^) membuatkan aku begitu tidak betah utk keluar darinya.. Masakan tidak, ahli banyt nya tidak ubah seperti ahli keluargaku, waima kenal baru sebulan ~ alahai, andai ukhwah itu berlandaskan IMAN, insya Allah, halawatul itu boleh dirasai.. Kami berempat, 2 dari negeri Kelantan, 2 lagi dari negeri Perak (termasuk aku)..
Tidak banyak yang ku minta, sekadar harapan tautan ukhwah ini membawa ke syurga, dan andai diuji dengan ujian-ujian dari-Mu suatu ketika nanti, semoga ketabahan akan membaluti jiwa-jiwa kami ini, amin ya Rabbi (^_^)

Masya Allah, waktu sering mengejar aku, ingatkan ada ruang lebih untuk tarian pena Az-Zukruf ini terus menari, namun, waktu sekali lagi mencemburui tarian ini.. Mohon diri kerana perlu membaca nota-nota kuliah untuk kuliah esok hari.. walaupun tertalu singkat untuk update kali ini, namun semoga ada nilai Ibadah di sisi Allah, amin ya Rabbi (^_^)

Salam keikhlasan : Atiqatul Afnan..