Followers

Monday, October 18, 2010

Musaffir jalanan..

Alhamdulillah (^_^)

Perjalanan ku kini kian bermula lagi.. Namun, kali agak kelainan kerana kini aku sebagai seorang musafir di bumi Syam, bumi syahada.. Bumi yang kerap kali menitiskan air mata ku dek sering terbayangkan perjalanan-perjalanan hidup Rasulullah S.A.W serta para sahabat.. Masakan tidak, keadaan geografinya, dengan padang pasir serta berbatu2, kerap kali membuatkan aku terfikir serta terbayang, bagaimana tegarnya baginda serta para sahabat menebarkan ajaran Islam.. Tegarkah aku menjadi seperti mereka??? wallahua'lam ~~~

Alhamdulillah, meskipun agak lewat untuk aku update blog yang terbaru ini selepas blog lama (permata.agama), namun Alhamdulillah, hari ini ada keizinan dari-Nya untuk tarian pena Az-Zukruf terus melontarkan tariannya.. Semoga ada nilai ibadah di sisi-Nya, amin ya Rabbi (^_^)

Untuk pertama kalinya, ingin ku bicarakan bagaimana keadaan wanita yang bernama 'Atiqatul Afnan' ini setelah hampir 2 bulan bermusafir di bumi Jordan ini..

. Alhamdulillah, kuliah berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecundangan yang mengganggu.. Hari-hari yang berlalu bagaikan sesuatu yang berharga.. Sukar utk membahagi masa dek kerana banyak perkara yang perlu dipelajari lagi.. Untuk semester ini, agak lelah mengikuti pengajian dalam kelas.. Dengan keadaan doktor yang berbahasa amminya, dengan keadaan pelajar arab yang lebih ramainya, dengan keadaan sejuknya, dan bermacam-macam keadaan lagi.. Namun, Alhamdulillah (^_^) semua itu menyeronokkan ~

. 'Bayt RODHINA' (^_^) membuatkan aku begitu tidak betah utk keluar darinya.. Masakan tidak, ahli banyt nya tidak ubah seperti ahli keluargaku, waima kenal baru sebulan ~ alahai, andai ukhwah itu berlandaskan IMAN, insya Allah, halawatul itu boleh dirasai.. Kami berempat, 2 dari negeri Kelantan, 2 lagi dari negeri Perak (termasuk aku)..
Tidak banyak yang ku minta, sekadar harapan tautan ukhwah ini membawa ke syurga, dan andai diuji dengan ujian-ujian dari-Mu suatu ketika nanti, semoga ketabahan akan membaluti jiwa-jiwa kami ini, amin ya Rabbi (^_^)

Masya Allah, waktu sering mengejar aku, ingatkan ada ruang lebih untuk tarian pena Az-Zukruf ini terus menari, namun, waktu sekali lagi mencemburui tarian ini.. Mohon diri kerana perlu membaca nota-nota kuliah untuk kuliah esok hari.. walaupun tertalu singkat untuk update kali ini, namun semoga ada nilai Ibadah di sisi Allah, amin ya Rabbi (^_^)

Salam keikhlasan : Atiqatul Afnan..

No comments:

Post a Comment