Followers

Sunday, May 22, 2011

:: 10 wasiat Hassan Al-Banna ::








1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu di kala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Di situ ada sumber kejayaan & di situ ada sumber pertolongan & di situ jua ada sumber taufiq.




2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan fahamilah setiap mesej-mesej yang ALLAH ingin sampaikan. Selalulah berzikir dan carilah ilmu walaupun sedikit.Sesungguhnya Al-Quran adalah sumber asli & lautan ilmu. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Selalulah berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Percayalah, dengan berzikir, kita akan ketemui ketenteraman & kedamaian..




3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa Al-Quran. Berbicaralah walaupun hanya sepatah. Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!


4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran! Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!




5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya tetapi berpada-pada sahaja. 




6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah secara berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : "Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir, Ubati dengan bergurau, Namun, Kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.


7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman Al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! 




8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat!!Bercakaplah jika ada unsur kebajikan.  Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah kita jika memakan daging saudara kita sendiri??!! Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat.






9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia. Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.




10)Wahai kawanku, Bijaklah dalam menguruskan masa dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : Bertindaklah segera melakukan amalan..(Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

No comments:

Post a Comment