Followers

Tuesday, December 6, 2011

:: Lelaki, Kucing & Aku ::

10 Muharram 1432 H.
Bayt Barokah, Jordan.
Di hadapan sobah, negatif degree.




Bismillahirrahmanirrahim.

Terlalu lama blog saya dibiarkan bersawang, bahkan saya terlihat beberapa ekor anak labah-labah mula membesar dengan sihat. Wahh! seronok mereka. 

Rentetan saya agak sibuk, tambahan mula memasuki frasa tahun akhir semester pengajian, sibuknya menjadi-jadi, menyebabkan masa yang ada 24 jam terlalu sedikit bagi saya. Namun, saya kira itu mungkin sekadar alasan.. Pointnya yang lebih besar, saya jadi agak tawar hati untuk menghidupkan TARIANPENAAZZUKRUF ini. Bukan kerana apa, tapi rasa terlalu kerdil berbanding blogs sahabat-sahabat lain dalam mengetengahkan dakwah atau sebarang entry yang berfaedah. Mereka kebanyakkannya sudah memasuki gear 5, atau barangkali sudah beberapa kali 'gostant', namun saya masih bertatih mencuba gear 1. Hebatnya mereka...... Acap kali saya rasa mahu saya deactife kan blog ini, kerana bagi saya dalam konteks blogger ni pun perlu disuaikan dengan fiqh aulawiyat di mana perkara yang tidak mendatangkan keberkesanan dalam perjuangan harus ditolak tepi. Nahh! Itulah saya!

Tetapi, bila teringat kisah seekor burung pipit yang membawa sedikit air untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim A.S. Walaupun burung sekecil itu sendiri tahu bahawa dia tidak mampu untuk menyelamatkan Nabinya, namun itulah tandanya ia berjuang.. Maka, saya tahu, saya juga perlu terus berjuang, berjuang dan terus berjuang!!

Fatrah kehidupan saya sekarang ini agak down atau dalam bahasa yang senang, bateri kekuatan hampir lemah atau nak lebih senang faham, rasa nak balik Malaysia! Nak charge kekuatan drpd mak abah.. Tapi, saya perlu terima hakikat yang anak perantau perlu lebih cekal, lebih tabah dan yang lebih penting, perlu lebih matang! Saya tak boleh terlalu memanjakan diri saya dengan perkara remeh temeh. 

Terus memorak langkah walaupun wujud 1000 halangan


Maka, untuk malam ini, saya cuba pujuk diri saya dengan sebuah kisah, supaya ada ibrah dengan harapan kekuatan itu diharapkan mengalir sedikit demi sedikit.. [Tak lupa juga untuk beberapa orang sahabat saya yang situasinya hampir sama..]

Alkisahnya ~

Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut, "kenapa kamu memukul kucing yang lemah ini??" Jawab lelaki tersebut, "aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yang tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata temapat di rumahku".

Kemudian, berkatalah ahli sufi tersebut, "ini sebenarnya peringatan dan tamsilan antara kita dengan Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan, pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat yang kita kecapi, kita membalas dengan derhaka kepadaNya. Lihatlah betapa baiknya dan ratmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNya, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNya". 

Ya, saya agak terkesan apabila membaca cerita ini. Saya tercampak di dunia ini kerana Dia, dibesarkan dalam sebuah keluarga yang cukup sempurna kerana Dia, diberi peluang belajar dengan tenang kerana Dia, Punya sahabat-sahabat yang baik kerana Dia & pelbagai nikmat lagi yang saya kecapi hanya kerana Dia yang memberi.

Tetapi, apabila Dia cuma menguji saya dengan beberapa perkara, saya mula merungut, mula merasa dunia tidak adil, mula terasa cepat putus asa.Sedangkan, saya tahu Dia sedang melatih Iman saya untuk lebih bercambah dengan ditangkan sedikit ujian. Saya tidak pernah cuba untuk bangun malam merintih kesedihan, & mengadu nasib kepada Dia. Sedangkan saya tahu, Dia sentiasa merindui rintihan hamba-hambaNya. 

Rabbi, terlanjur aku dalam derhaka kepadaMu. Semakin dekat Kau mendekati aku, semakin aku jauh lalai dengan nikmatMu. Semakin rapat kasih sayangMu buat diriku, semakin lemas aku dalam dakapan dosa-dosa.. 

Allah.. Patutlah kebelakangan ni mudah rebah, mudah lelah, mudah lesu, mudah jatuh. Ini jawapannya, tidak cuba untuk membalas nikmat-nikmatNya. Bukan berusaha untuk bangun malam berjumpa denganNya, untuk menunaikan solat lima waktu tepat pada waktunya pun agak susah. Allah... Allah.. Teruskan mendakap aku agar aku tidak terus lalai dariMu...


Allahumma firli..



No comments:

Post a Comment